Dewasa ini (perggghhh ayat..haha) Kotaraya Kuala Lumpur adalah pesta parking atas jalan raya bila waktu kemuncak masa pergi kerja dan balik kerja..ataupun sebagainya..Jika anda bosan jalan raya penuh sesak dan anda sedang mencari cara yang lebih cepat untuk pergi dari titik A ke titik B, terdapat sebuah syarikat Belanda yang dipanggil PAL-V yang telah menghasilkan apa yang mungkin menjadi kereta yang pertama terbang iaitu Kereta PAL-V terbang adalah bersedia untuk mengambil "take-off" apabila trafik terlalu padat. Ia juga bersedia untuk mengambil anda di atas gunung, tasik atau tempat yang kurang keluasan dengan keselesaan helikopter.
Dari segi mekanikal, PAL-V adalah sebenarnya sebuah kereta beroda tiga, direka dengan design yang aerodinamik, dilengkapi dengan helikopter yang boleh kita samakan dengan helikopter standard. Ia boleh terbang sehingga 4,000 meter tinggi, jauh di bawah penerbangan komersial. Di samping itu, enjin petrol yang kuat membolehkan kelajuan maksimum sehingga 112 mph. Pada sesiapa yang ada duit tue dan tak sanggup nak redah jem waktu pergi dan pulang kerja boleh lah anda berkira-kira untuk dapatkan pesawat ini.
No comments:
Post a Comment