Hensem Boy & Cute Gurl Follow Me!!

Sunday 23 September 2012

Monumen Terbesar Di Afrika

Monumen gergasi ini adalah setinggi 49 eter yang terletak di negara Senegal Dakar. Monumen ini siap di bina pada tahun 2012 tepat pada hari ulang tahun ke 50  kemerdekaan Senegal dari negara Perancis. Monumen ini dinamakan The Monument to African Renaissance ini direka oleh arkitek terkenal Senegal Pierre Goudiaby dan merupakan projek mega Presiden Abdoulaye Wade.

Pembinaan bermula pada tahun 2006 dan sebuah syarikat dari Korea Utara diberikan kontrak membina monumen ini. Pemilihan syarikat dari Korea Utara ini merupakan permulaan pelbagai kontroversi yang bakal melanda projek ini. Dengan kos pembinaanUSD 27 Juta, ramai merasakan pembinaan monumen ini membazir kerana wang ini boleh digunakan untuk projek yang lebih bermanafaat. Gaji purata rakyat Senegal ialahUSD 1000 setahun! Kontroversi melanda lagi apabila Presiden Abdoulaye Wade meminta 35% hasil kutipan tiket untuk diri beliau atas alasan idea pembinaan monumen ini ialah "harta intelektual" beliau. Selain daripada itu pembinaan patut gergasi juga dianggap tidak sesuai untuk Senegal dimana 94% rakyatnya beragama Islam




No comments:

Post a Comment