Hensem Boy & Cute Gurl Follow Me!!

Sunday 8 July 2012

Sangkaan Gurauan AC Mizal bertemu Brad Pitt

Datuk Ac Mizal ;)
"Meeting with Brad Pitt" itulah yg di tweet oleh Datuk AC Mizal mendapat perhatian ramai di medan sosial itu sehinggakan ia menjadi tajuk berita beberapa laman gosip hiburan tempatan..namun hakikatnya adalah gurauan semata-mata. Datuk AC Mizal tidak menyangka gurauannya dengan peminat kononnya bertemu aktor "Moneyball" untuk berbincang tentang projek filem pada Selasa lalu telah mengundang spekulasi ramai sehinggakan ia disangka benar oleh followers Datuk AC Mizal. So inilah yang di katakan oleh Datuk AC Mizal...

"Saya memang terkejut apabila ianya dianggap benar. Saya tidak tahu hendak tergelak atau apa? Saya tidak sangka gurauan dengan peminat di akaun Twitter dianggap serius.
"Hakikatnya, kenyataan yang kononnya saya akan berlakon bersama Brad Pitt itu hanyalah satu gurauan kosong dan bukan untuk mencari publisiti mahupun kontroversi,"

Hahaha..agak kelakar jugak la..neway sape tak kenal denagan AC Mizal nie..Jenis pendekatan dia bergurau dengan peminat dia dah macam tue..So tak yah la ambik port sangat..layannn je sudah.

AC Mizal ditanya jika tindakan itu dianggap mempersendakan orang ramai, dan dia memberitahu perkara tersebut tidak seharunya menjadi isu besar kerana pengikutnya di Twitter faham akan gaya dan pendekatan gurauan yang sering dilakukannya.
"Tiada niat untuk mempermainkan sesiapa dengan maklumat tersebut. Para peminat yang biasa berinteraksi dengan saya di Twitter memahami dan tahu bahawa ia adalah satu gurauan semata-mata."
Depetik dari: Yahoo News

No comments:

Post a Comment