Hensem Boy & Cute Gurl Follow Me!!

Wednesday 8 August 2012

Shila Amzah Cantik Bertudung

Para pembaca mungkin sudah sedia maklum tentang penghijrahan artis Shila (Nur Shila Amir Amzah) yang kini beliau telah memakai tudung. Sebelum ani WorldMentioned ada memaparkan artikel tentang Shila Amzah Ingin Bertudung, dan segalanya telah terjawab kini artis muda ini telah mendirikan hasratnya untuk bertudung bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, dan akan terus mengekalkan imej bertudung.
"Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyaAllah Shila akan terus bertudung,"katanya yang memberitahu gambar-gambarnya bertudung yang banyak dimuat naik di laman sosialnya itu adalah imej terkininya dan bukan hanya saja-saja untuk bertudung.
Penyanyi berusia 22 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila para peminatnya menyokong dan mendoakannya supaya dia terus mengekalkan imej bertudung.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad serta niat untuk berkahwin, penyanyi yang popular dengan lagu 'Tiga Suara' itu mengambil keputusan untuk tidak mahu mengulas lebih lanjut.
"Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal ini. Shila rasa soal perkahwinan tu eloklah ditanya pada Sharnaaz,"ujar Shila.







No comments:

Post a Comment