Hensem Boy & Cute Gurl Follow Me!!

Monday, 31 December 2012

Penutup Tirai 2012: Bayi Selebriti Tahun 2012

Eva Medina
                     

Anak kepada penyampai radio Fly FM, Hunny Madu ini dilahirkan pada tarikh istimewa, 12.12.12 jam 10.55 malam dengan berat 3.25 kilogram. Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim mendirikan rumahtangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 1 April 2010 sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-26.

Naira Mikayla

                   

Puteri sulung kepada pasangan Ahmad Nabil bin Ahmad dan Nazirah binti Ayub ini selamat dilahirkan pada 25 November 2012 iaitu tiga minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Naira dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 2.67 kilogram, jam 8.40 pagi di Klinik Umra, Shah Alam.

Nor Anggun Raverra
                

Pelakon Rabecca Nur Islam selamat bergelar ibu apabila melahirkan seorang puteri comel, Nur Anggun Raverra pada 2 November 2012. Anggun dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.3 kilogram di Hospital Gleneagles. Rabecca yang pernah mengalami keguguran ketika hamil anak pertama mempunyai seorang anak angkat dan dua anak tiri hasil perkongsian hidup dengan usahawan Nor Azam Sulaiman.

Zasharayna
                           

Bayi comel ini merupakan anak kepada model terkenal, Zahnita Wilson. Zasha selamat dilahirkan jam 7.38 pagi pada 31 Oktober lalu. Berkahwin pada usia muda iaitu 20 tahun dengan Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, Zahnita turut mempunyai seorang lagi anak, Zahra Feena yang kini berusia enam tahun.

Alaena Ayesha
                           

Anak kedua kepada penyanyi serta pelakon, Aqasha ini selamat dilahirkan pada 11 Oktober 2012 di Pusat Perubatan Darul Ehsan. Alaena Ayesha yang membawa maksud ‘dilimpahi kebahagiaan’ dilahirkan secara normal dan mempunyai seorang abang bernama Alehandra Ahmad yang kini berusia setahun.

Nur Iman Shafi’e
                       
                       

Selepas hampir lima tahun menanti kehadiran cahaya mata, pelantun lagu "Dag Dig Dug", Haiza akhirnya selamat melahirkan bayi sulung pada 9 September 2012. Bayi lelaki seberat 3.07 kilogram ini dilahirkan secara normal di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras kira-kira jam 8.37 malam.

Mahathir Daniel
                          

Pelakon serta pengarah kaliber, Esma Daniel menamakan anak ketujuhnya Mahathir sebagai tribut kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang merupakan idola sanjungannya. Mahathir Daniel dilahirkan seberat 3.3 kilogram pada 7 September 2012, jam 2.30 pagi, di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Ryan Ziqry


                    

                     

Putera comel ini merupakan anak kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi dan isteri, Nelly Natalia. Ryan dilahirkan seberat 4.32 kilogram menerusi pembedahan di Pusat Perubatan Tropicana Damansara pada 27 Julai 2012 iaitu pada bulan Ramadhan.

Arrianshah Akid
                      

Penyanyi Tomok telah bergelar bapa pada 29 Mei 2012 apabila isterinya, Rahayu Abbas selamat melahirkan putera sulung mereka, Arrianshah Akid jam 6.03 petang di Pusat Perubatan Prince Court. Permata hati pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 1 Julai 2011 ini dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram.

Cahaya Malaika
                          

Anak kepada pasangan selebriti, Mawi dan Ekin ini dilahirkan secara normal pada 28 Februari 2012. Cahaya Malaika yang bermaksud Cahaya Permaisuriku ini dilahirkan seberat 2.8 kilogram sekitar jam 4 pagi di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi.

Sumber asal: gua.com.my
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013....semoga persahabatan kita kekal berkekalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas kunjungan abg hanif..selamat tahun baru 2013 juga dari sya ;) semoga silaturahim antara kita berkekalan..insyaallah...

      Delete