Hensem Boy & Cute Gurl Follow Me!!

Friday, 6 December 2013

Masa Untuk Cuci Sawang


Lamanya tak masuk blog...Banyak urusan lain and now dah menurun pula minat untuk berblogging..hehe...Tiba-tiba teringat pulak...So now masuklah sekejap... Kata orang cuci-cuci sawang supaya tak semak sangat! and after this will update and kongsi entri-entri ngan my followers.. ;)

Wednesday, 13 February 2013

Apabila Sesuatu Objek Itu Hidup

Sudah lama tak update blog nie, so untuk tontonan anda..jom layan karya Terry Border ini yang bagi saya amat menarik.

Wednesday, 2 January 2013

Photo Keranda-keranda Ceria Rekaan Olaf Breuning

Kematian ialah sesuatu yang menyedihkan. Tetapi di Ghana keranda untuk si mati kerap mempunyai rekaan aneh seperti ayam, kereta Mercedes dan juga telefon Nokia! Mungkin rekaan keranda aneh ini dapat mengurangkan kesedihan ahli keluarga si mati.  Olaf Breuning seorang artis dari Switzerland telah mereka 3 keranda yang kami rasakan adalah sangat LULZY di Ghana. Serius macam-macam!

Tuesday, 1 January 2013

Kalau Berani Jom Terbang Dengan Batsuit

Ini adalah video segelintir glider batsuit terbang seperti orang gila memang tidak takut mati mengelakkan kematian. SELAMAT TAHUN BARU 2013! saya percaya mereka masih hidup dalam tahun ini walaupun mereka memang cukup berani dengan aksi terbang dengan Batsuit...hashtag #taktakutmati

Monday, 31 December 2012

Penutup Tirai 2012: Bayi Selebriti Tahun 2012

Eva Medina
                     

Anak kepada penyampai radio Fly FM, Hunny Madu ini dilahirkan pada tarikh istimewa, 12.12.12 jam 10.55 malam dengan berat 3.25 kilogram. Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim mendirikan rumahtangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 1 April 2010 sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-26.

Naira Mikayla

                   

Puteri sulung kepada pasangan Ahmad Nabil bin Ahmad dan Nazirah binti Ayub ini selamat dilahirkan pada 25 November 2012 iaitu tiga minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Naira dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 2.67 kilogram, jam 8.40 pagi di Klinik Umra, Shah Alam.

Nor Anggun Raverra
                

Pelakon Rabecca Nur Islam selamat bergelar ibu apabila melahirkan seorang puteri comel, Nur Anggun Raverra pada 2 November 2012. Anggun dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.3 kilogram di Hospital Gleneagles. Rabecca yang pernah mengalami keguguran ketika hamil anak pertama mempunyai seorang anak angkat dan dua anak tiri hasil perkongsian hidup dengan usahawan Nor Azam Sulaiman.

Zasharayna
                           

Bayi comel ini merupakan anak kepada model terkenal, Zahnita Wilson. Zasha selamat dilahirkan jam 7.38 pagi pada 31 Oktober lalu. Berkahwin pada usia muda iaitu 20 tahun dengan Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, Zahnita turut mempunyai seorang lagi anak, Zahra Feena yang kini berusia enam tahun.

Alaena Ayesha
                           

Anak kedua kepada penyanyi serta pelakon, Aqasha ini selamat dilahirkan pada 11 Oktober 2012 di Pusat Perubatan Darul Ehsan. Alaena Ayesha yang membawa maksud ‘dilimpahi kebahagiaan’ dilahirkan secara normal dan mempunyai seorang abang bernama Alehandra Ahmad yang kini berusia setahun.

Nur Iman Shafi’e
                       
                       

Selepas hampir lima tahun menanti kehadiran cahaya mata, pelantun lagu "Dag Dig Dug", Haiza akhirnya selamat melahirkan bayi sulung pada 9 September 2012. Bayi lelaki seberat 3.07 kilogram ini dilahirkan secara normal di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras kira-kira jam 8.37 malam.

Mahathir Daniel
                          

Pelakon serta pengarah kaliber, Esma Daniel menamakan anak ketujuhnya Mahathir sebagai tribut kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang merupakan idola sanjungannya. Mahathir Daniel dilahirkan seberat 3.3 kilogram pada 7 September 2012, jam 2.30 pagi, di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Ryan Ziqry


                    

                     

Putera comel ini merupakan anak kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi dan isteri, Nelly Natalia. Ryan dilahirkan seberat 4.32 kilogram menerusi pembedahan di Pusat Perubatan Tropicana Damansara pada 27 Julai 2012 iaitu pada bulan Ramadhan.

Arrianshah Akid
                      

Penyanyi Tomok telah bergelar bapa pada 29 Mei 2012 apabila isterinya, Rahayu Abbas selamat melahirkan putera sulung mereka, Arrianshah Akid jam 6.03 petang di Pusat Perubatan Prince Court. Permata hati pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 1 Julai 2011 ini dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram.

Cahaya Malaika
                          

Anak kepada pasangan selebriti, Mawi dan Ekin ini dilahirkan secara normal pada 28 Februari 2012. Cahaya Malaika yang bermaksud Cahaya Permaisuriku ini dilahirkan seberat 2.8 kilogram sekitar jam 4 pagi di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi.

Sumber asal: gua.com.my

Bolehkah Anda Bayangkan Apabila Haiwan Berbentuk Bulat?

Can we imagine bila semua haiwan berbentuk bulat..serius cute kan..Video animasi ini mengambarkan apa akan terjadi apabila contohnya haiwan pemangsa berbentuk bulat...cute and funny!!


Siapakah Gadis Bernama Tysha Tiar Ini?

Tysha Tiar banyak menegluarkan cover-cover yang menarik dalam youtube. Anda boleh lihat bakat Tysha Tiar nie dalam Vlognye TYSHATIAR. Antara nama lain yang yang mempunyai bakat dalam nyanyian adalah NANASHEME, pernah juga kami paparkan mengenai beliau sebelum ini. Kepada yang berminat untuk dengan Tysha nie bolehlah like di FANPAGE beliau.

Lukisan Tangan Yang Menakjubkan

Lukisan tangan yang menarik...rase sayang nak korek hidung lepas nie takut warna lekat pada hidung and jadi lukisan hidung pulak.